ARTIKEL

Riadah cuti sekolah di Borneo Empurau Farm

Riadah cuti sekolah di Borneo Empurau Farm

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Musim cuti sekolah menjadi peluang keemasan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta kenangan.

Banyak lokasi menarik menjadi pilihan seperti di pasar raya, taman tema, pusat rekreasi dan destinasi pelancongan tempatan.

Ester merakamkan gambar kenangan bersama-sama keluarga mentua di Borneo Empurau Farm.
Pengunjung seronok beriadah di dalam kolam renang.

Bagi Ester Lahung Usek, 30, cuti sekolah kali ini diisi sepenuhnya dengan membawa suami, anak serta keluarga mentua dari Lubok Antu bercuti ke Borneo Empurau Farm dan Resort Serian.

“Kami sekeluarga memilih untuk ke Borneo Empurau Farm dan Resort Serian kerana ia salah satu tarikan popular pada musim cuti.

“Saya mahu anak-anak merasai pengalaman baharu dan berseronok bersama-sama keluarga,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, percutian ini hasil perancangan secara spontan seminggu sebelum cuti bermula.

“Kami buat keputusan kira-kira seminggu sebelum cuti bermula kerana jika dirancang terlalu awal, selalunya tidak menjadi,” katanya berseloroh.

Ester seronok bercuti bersama-sama keluarga.

Mengambil cuti dari 31 Mei hingga 8 Jun, percutian tersebut turut memberi ruang kepada beliau yang bekerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan di Alpro Pharmacy, Kuching, untuk pulang ke kampung halamannya di Miri serta melawat keluarga selepas menyambut Hari Gawai bersama-sama keluarga.

“Saya gembira kerana masa cuti diluangkan dengan baik bersama-sama insan tersayang.

“Kami sekeluarga turut berkesempatan pulang ke Miri untuk menziarahi keluarga di sini dan akan pulang ke Kuching pada 6 Jun nanti,” jelasnya.

Mengulas percutian di Borneo Empurau Farm, Ester mendedahkan bahawa ia sangat sesuai dijadikan lokasi beriadah keluarga susulan suasana dan pemandangan yang penuh dengan tanaman hijau.

“Paling penting, semua seronok melihat pelbagai jenis tanaman yang ditanam secara semula jadi tanpa bahan kimia di Borneo Empurau, selain menikmati aktiviti air di taman tema.

“Paling menyeronokkan apabila dapat meluangkan masa dengan keluarga mentua dan anak-anak. Mereka sangat teruja tengok tanaman dan dapat mandi-manda di taman air,” katanya.

Tambahnya, percutian ke lokasi itu juga berbaloi dari segi bajet dan keseronokan.

Dengan pakej keluarga bernilai RM140 yang merangkumi dua dewasa dan dua kanak-kanak termasuk akses ke taman tema air, kos keseluruhan mereka termasuk makan hanya sekitar RM385.

Ditanya perancangan cuti akan datang, Ester menyatakan hasrat untuk membawa keluarga mandi-manda sekali lagi memandangkan ia aktiviti yang sangat digemari anak-anaknya.

Walaupun sebelum ini hanya sempat berehat di rumah setiap kali cuti, peluang menyambut Gawai bersama-sama keluarga suami tahun ini memberi ruang berbeza untuknya merasai nikmat sebenar cuti sekolah yang dimanfaatkan sepenuhnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha