ARTIKEL

Riadah erat ukhuwah wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Wanita IKRAM Kuching menganjurkan Program Riadah di Dewan Serbaguna Kampung Gita, Ahad lalu bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.

Program tersebut disertai 22 wanita dari sekitar Kuching yang terdiri daripada suri rumah, wanita bekerjaya, belia serta individu yang berminat menyertai aktiviti riadah secara sihat dan bermanfaat.

Program dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan bagi menyediakan peserta sebelum mengikuti aktiviti seterusnya.

Sesi suai kenal turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta berinteraksi, berkenalan serta membina hubungan yang lebih akrab.

Kemuncak program menyaksikan pelbagai acara sukaneka yang menuntut semangat kerjasama, komunikasi dan kesukanan dalam kalangan peserta.

Gelak tawa serta sorakan semangat memeriahkan setiap acara, sekali gus mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan sepanjang program berlangsung.

Penganjuran program itu bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan hidup aktif dan sihat, malah menjadi platform untuk memperkukuh silaturahim serta semangat saling menyokong dalam kalangan wanita.

Wanita IKRAM Kuching berharap lebih banyak program seumpama itu dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi memberi ruang kepada wanita untuk terus aktif, membina jaringan persahabatan serta menyumbang kepada pembentukan komuniti yang lebih sihat, prihatin dan sejahtera.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU