ARTIKEL

Ribuan penyokong Maduro bantah sekatan AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CARACAS: Ribuan penyokong pemimpin Venezuela Nicolas Maduro berarak melalui ibu kota Caracas semalam dalam protes menentang usaha Presiden AS Donald Trump untuk meruntuhkan pemerintahan rejim.

Berpakaian merah dan membawa bendera tiga warna Venezuela, penunjuk perasaan berkumpul di pentas di pusat ibu kota untuk mendengar beberapa pegawai tertinggi rejim pemerintah berucap.

Demonstrasi itu menyusul 48 jam selepas Washington mengancam untuk “menggunakan setiap alat yang sesuai” untuk menyingkirkan Maduro, mengarahkan pembekuan aset kerajaan Venezuela di AS dan melarang transaksi dengan pihak berkuasanya.

“Ia pencerobohan baru dalam kalangan keganasan pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Amerika Syarikat,” kata Diosdado Cabello, tokoh rejim kedua paling kuat di belakang Maduro.

“Yang mereka lakukan ialah meningkatkan penderitaan rakyat, termasuk pembangkang.”

Perhimpunan bantahan itu disertai kebanyakannya oleh militian awam dan pekerja sektor swasta. Mereka melaung-laungkan slogan “Yankee gp home,” dan “Hands off Venezuela.”

“Kita bergelut dengan perang ini yang menjadikan hidup semakin sukar,” kata Elena Flores, 62, fasilitator program sosial kerajaan kepada AFP.

Trump “gementar, dia cemas, rakuskan kuasa, dia mahu campur tangan di Venezuela,” tambahnya.

Sekatan terbaru Trump dikenakan ke atas rejim Maduro dalam usaha memaksa pemimpin sosialis itu disingkirkan dari kuasa untuk digantikan dengan pemimpin pembangkang Juan Guaido yang disokong AS.

Amerika Syarikat salah satu daripada lebih 50 negara yang mengiktiraf dakwaan Guaido bertindak sebagai presiden.

Sementara itu, China dalam tindak balasnya terhadap sekatan tersebut meminta AS agar menghentikan “buli” terhadap negara lain. – AFP

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU