ARTIKEL

AMARAN…. Lima bahagian di Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang.

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di lima bahagian di Sarawak hingga petang ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lima bahagian di negeri ini hingga jam 6 petang, hari ini.

Menurut hantaran Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, lima kawasan itu adalah Simunjan di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Kanowit, Sibu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” kata hantaran itu.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan, ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU