ARTIKEL

PEMANTAUAN… Anggota APM Marudi membuat pemantauan di Pekan Marudi.

Ribut petir, hujan lebat di Sarawak hingga awal pagi esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan tengah dan selatan Sarawak serta berpotensi membawa ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang pada sebelah petang, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan itu juga dijangka boleh berlarutan hingga ke awal pagi esok.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang turut berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung dan Sabah,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Dalam pada itu, ujarnya belum ada laporan berkaitan musibah banjir, tahan runtuh dan ribut akibat Monsun Timur Laut (MTL) dilaporkan di Sarawak setakat jam 4 petang hari ini.

Sementara menurut Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat pemantauan di 42 lokasi.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, paras air sungai berada pada tahap meningkat di Jalan SJK (C) Do Nang; Jeti Feri Paradom; Jalan Chew Kung; Jalan Sungai Empawah di Sibu.

“Selain itu, di kawasan Terminal Bot Express Song Sungai Rajang; Rumah Cecelia Bunsu Sungai Katibas serta Kampung Alai Sungai Chapi di Song turut merekodkan paras air yang meningkat.

“Di kawasan Sungai Kampung Jerijeh Baru, Perparitan Kampung Jerijeh Baru di Tanjung Manis turut merekodkan paras air yang meningkat, manakala kawasan-kawasan lain berada pada tahap normal dan menurun,” katanya.

Dalam pada itu tiada perubahan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Assyakirin, Bintulu.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU