ARTIKEL

Ribut Tropika Barry badai Louisiana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

INTRACOASTAL CITY: Pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dan puting beliung sepanjang hari Sabtu apabila Ribut Tropika Barry membadai Louisiana, meskpiun terdapat hanya sedikit tanda-tanda banjir di kebanyakan kawasan.

Bermula sebagai taufan musim Atlantik, Barry semakin lemah bertukar kepada ribut tropika selepas mendarat, tetapi masih memberi ancaman serius ketika ia bergerak ke pedalaman.

Semua penerbangan masuk dan keluar di lapangan terbang di bandar terbesar di New Orleans dibatalkan. Ribuan penduduk meningalkan rumah mereka, puluhan ribu terputus bekalan elektrik dan kumpulan pertama mendapat maklumat sedia untuk bertindak.

Sementara itu, jurutera tentera meredakan kebimbangan penduduk dengan mengatakan bahawa sistem tetambak New Orleans masih kukuh. Datuk Bandar LaToya Cantrel bagaimanapun menggesa penduduk supaya tidak terlalu selesa dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Gabenor Louisiana John Bel Edwards berkata, ribut akan memuncak pada Ahad, dengan banyak kawasan mungkin menerima banyak hujan pada sebelah malam berbanding pada siang hari.

Pada 10:00 malam waktu tempatan (0300 GMT), ribut membawa angin selaju 75 kilometer sejam kata Pusat Taufan Negara (NHC), dan terletak di barat daya bandar raya Alexandria, bergerak ke utara pada kelajuan 12 kilometer sejam.

“Barry masih lagi ribut berbahaya dengan impak cuma ia bertambah sehingga Ahad,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerusi twitter.

Ribut dijangka membadai utara pedalaman Louisiana, manakala amaran puting beliung telah dikeluarkan bagi kawasan New Orleans dan sebahagian negara jiran Mississippi.

Angin kencang menyebabkan pokok serta papan tanda di jalan raya tercabut. Rakaman televisyen tempatan menunjukkan sesetengah kawasan ditenggelami banjir sehingga dua kaki.

Sebahagian daripada jalan utama di bandar Intracoastal turut ditenggelami banjir pada petang Sabtu, begitu juga dengan beberapa tapak perniagaan di tepi laut apabila paras air naik mendadak.

Ribuan penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka apabila banjir melanda kawasan rendah seperti Paroki Plaquemines, apabila penutupan jalan menyebabkan sesetengah komuniti terputus hubungan.

Ada juga penduduk yang tidak mengendahkan perintah pemindahan mandatori dan tentang risiko kenaikan paras air ekoran ribut yang berbahaya.

Menurut pakar, Louisiana sedang menghadapi keadaan berbahaya pada paras yang luar biasa.

Paras air Sungai Mississippi meningkat ekoran hujan lebat dan banjir di bahagian pedalaman naik hampir 17 kaki (5.2 meter) di New Orleans iaitu di bawah paras banjir.– AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan