ARTIKEL

Richard Riot (tiga kiri) menyampaikan sumbangan Ikhlas Setulus Kasih kepada salah seorang penerima dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Richard Riot beri sumbangan Hari Raya kepada 84 penduduk kampung, 20 masjid dan surau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem menyemarakkan semangat Ramadan dengan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 84 individu dari 14 kampung serta 20 masjid dan surau dalam kawasan parlimennya.

Beliau berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunannya untuk berkongsi kegembiraan perayaan bersama masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya memberikan sumbangan agar semua dapat berkongsi kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya yang bakal tiba.

“Walaupun tidak seberapa, saya berharap ia dapat membantu meringankan persiapan menyambut musim perayaan,” katanya ketika majlis penyampaian bantuan Ikhlas Setulus Kasih di sebuah hotel di sini hari ini.

Para penerima yang terdiri daripada komuniti Islam termasuk wakil masjid dan surau menerima bantuan wang tunai serta kuih raya sebagai persediaan menyambut perayaan yang bakal tiba.

Mewakili para penerima, Ketua Kampung Tebakang Melayu, Senyem Han merakamkan penghargaan atas bantuan tersebut dan berkata ia dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Ia amat bermakna bagi kami ketika membuat persiapan menyambut Hari Raya minggu depan,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU