ARTIKEL

Rifdean Masdor bakal mencabar juara dunia atomweight ONE Championship Nadaka Yoshinari dari Jepun pada kejohanan ONE Samurai 4 di Tokyo.

Rifdean Masdor cabar juara dunia Nadaka Yoshinari di Tokyo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh Muay Thai negara Rifdean Masdor bakal menggalas cabaran terbesar dalam kariernya apabila diberi peluang mencabar kejuaraan dunia ONE Championship menentang juara bertahan dari Jepun Nadaka Yoshinari pada 17 Oktober depan di Tokyo.

Pertembungan yang dinanti-nantikan itu bakal berlangsung pada kejohanan ONE Samurai 4, sekali gus membuka peluang kepada Rifdean untuk muncul sebagai rakyat Malaysia kedua bergelar juara dunia di pentas ONE Championship.

Peluang tersebut hadir hanya beberapa bulan selepas Rifdean menandatangani kontrak penuh bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (kira-kira RM409,000) pada Jun lalu, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai antara prospek terbaik Muay Thai negara.

Nadaka yang juga juara dunia atomweight dikenali antara petarung terbaik Jepun dan bakal menjadi lawan paling mencabar yang pernah dihadapi Rifdean dalam karier profesionalnya.

Aksi di Tokyo itu dijangka menjadi pentas penting bagi Rifdean membuktikan kemampuan atlet Muay Thai Malaysia untuk bersaing di peringkat tertinggi dunia serta meneruskan kebangkitan sukan tempur negara di persada antarabangsa.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU