ARTIKEL

Ringankan beban ibu bapa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HIDAYAH Centre Foundation (HCF) Sarawak telah menganjurkan Program Sumbangan Back to School pada 13 Disember lalu bertempat di pusat membeli-belah Majma.

Program ini diadakan sebagai persediaan menyambut sesi persekolahan tahun hadapan, khusus bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan menyediakan keperluan pendidikan anak-anak mereka.

Program ini turut mendapat sokongan dan penajaan daripada pelbagai pihak antaranya Tabung Baitulmal Sarawak serta pihak pengurusan Majma Mall.

Kerjasama strategik ini membuktikan komitmen bersama dalam memperkasakan pendidikan dan kebajikan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan dalam kalangan kita.

Seramai 50 penerima terpilih untuk menerima sumbangan berbentuk wang tunai serta kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan keperluan asas lain.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa yang sering berdepan cabaran menyediakan kelengkapan lengkap untuk anak-anak, terutamanya menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu.

Program ini juga berperanan menyuntik keyakinan kepada anak-anak agar mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat.

Pihak penganjur berharap usaha sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang dengan sokongan lebih banyak pihak.

Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting dan bantuan kecil seperti ini mampu memberi kesan besar dalam membentuk masa depan anak-anak.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan