ARTIKEL

Gambar Hiasan

Ringgit dijangka cecah RM4.03

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ringgit terus disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan walaupun pergerakan mata wang itu dalam jangka pendek dijangka kekal dipengaruhi oleh jangkaan terhadap dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen risiko yang lebih meluas.

Menurut MBSB IB dalam nota penyelidikan, pihaknya mengekalkan jangkaan ringgit dicatatkan pada purata kira-kira RM4.01 pada 2026 sebelum mengakhiri tahun ini pada kirakira RM4.03 walaupun terdapat ketidaktentuan berterusan berikutan perubahan jangkaan terhadap hala tuju dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS.

“Pengukuhan ringgit yang berterusan memerlukan petunjuk yang lebih jelas mengenai penurunan inflasi di AS, yang boleh mengurangkan jangkaan dasar monetari Fed yang ketat untuk tempoh yang panjang dan meningkatkan minat risiko global.

“Fed yang cenderung kepada pendekatan lebih longgar dijangka menggalakkan aliran portfolio baharu ke pasaran sedang pesat membangun, memberikan sokongan tambahan kepada ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun yang lain,” katanya.

Menurut MBSB IB, walaupun asas makroekonomi Malaysia berdaya tahan, pasaran ekuiti domestik kembali kepada aliran keluar asing bersih, mencatatkan aliran keluar yang ketara sebanyak US$426 juta pada Ogos 2026 berbanding aliran masuk bersih sebanyak US$74 juta pada Julai 2026.

Dalam pasaran bon, data terkini menunjukkan pegangan asing dalam sekuriti hutang Malaysia berkurangan sebanyak RM5.6 bilion kepada RM304.2 bilion daripada RM309.8 bilion pada Jun 2026.

Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia meningkat pada Ogos 2026, seiring dengan kenaikan hasil Perbendaharaan AS berikutan wujud semula jangkaan pendirian dasar monetari Fed yang lebih ketat selepas ucapan Pengerusi Fed Kevin Warsh di Simposium Jackson Hole, mendorong pasaran mengambil kira kemungkinan kenaikan kadar faedah pada September 2026. – Bernama 

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,