ARTIKEL

RIO FEBRIANNUR RACHMAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIO FEBRIANNUR RACHMAN ialah PENSYARAH Program Studi Ilmu Komunikasi Universitas Negeri Surabaya, Indonesia. Penulis kumpulan puisi Dari Sungai Mentaya Sampai Bukit-bukit Di Soekarno-Hatta dan Balada Pencatat Kitab. Juga penulis kumpulan cerpen Merantau. Aktif menulis artikel ilmiah popular di media massa mahupun artikel penelitian di jurnaljurnal ilmiah.

CERITA PILU DI SUNGAI BERLIKU-LIKU 

setelah 1998

Ini adalah kisah sekelompok anak Adam

terpecah periuk kerana hasutan

menghayun parang diliputi dendam

terbelah nafas di tanah kelahiran

Berawal dari perahu politik yang karam

diikuti keadilan yang tinggi di awan

satu bahagian meradang dan geram

yang satu tak mahu kalah melawan

Di bumi itu, di pulau dengan sungai berliku

air gambut bertambah merah karena sembilu

nyawa-nyawa yang tercabut paksa

pertumpahan darah yang sia-sia

Kapal-kapal perang membawa pengungsi

mahu tidak mahu mereka migrasi

tangis bocah menderu-deru

di samudera biru sejarah berubah pilu

Adu domba tak pernah usang

dari zaman manusia awal diciptakan

makhluk-makhluk bermuka belang

khianat demi harta dan kerakusan

Wahai, apakah ini pertanda jagat sudah tua?

namun mereka terus bersolek memantas muka

di hari-hari yang makin lelah berhentilah, berhentilah…

PERJALANAN TAK TERDUGA 

salam perpisahan?

Tak ada lagi sang suria

kerana sinar-sinar adalah fana

apa masih ada penjaga?

tatkala manusia-manusia di sana ternyata pendusta

Kenyataan pahit yang harus ditelan

orang salah menanam pesan

dalam kotak itu suara-suara dipertaruhkan

nasib-nasib ditinggal di hujung jalan

punah sudah

berpasrah

dipijak kaki-kaki pongah

kalah….

Salam perpisahan disampaikan

segenap penjuru mendengar dengan lantang

mereka menegur malah disalahkan

urat-urat beradu, leher-leher diancam parang

Pelajar-pelajar akhirnya turun ke jalan

membuat lagu dan puisi

namun malah dikira pujian

alamak, dasar tak tahu diri!

Kami melangkah pelahan untuk pergi

menapak simetris jejak nabi-nabi

bukan kerana mabuk candu

hanya menjauh dari jalan buntu

DI TEPI BUKIT 

perantauan

Di kota dengan gunung semeru

terseret takdir asing tak kemilau

pada hidup yang tak selalu berwarna

mengingatkan kematian yang pasti adanya

Burung-burung beterbangan di atas stasiun

seakan menyambut memberi dukung

ada ketakutan menjalar di dada

namun semangat terus diasah doa

Duhai, hati yang selalu ragu

pergilah jauh ke bukit-bukit di barat

manusia kadang terbawa rindu yang sendu

menjadi noda di hati berkarat

Kami diajarkan berlari

kerana lemah lambat pasti tertinggal

apa yang terjadi biar terjadi

melompati aral meski tersengal

Ayat-ayat dilantunkan

Kekuatan semesta alam raya

semuanya tunduk tekan

mengabdi pada pencipta

Lalu, kau kekasih….

memberiku pesan paling lirih

di bumi aku menemanimu

di langit kumintakan ampun untukmu….

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan