ARTIKEL

Bernama

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.85 bilion pada akhir Jan 2024 – BNM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.85 bilion (AS$1=RM4.76) pada akhir Januari 2024, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$2.30 juta.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Januari 2024 tetap boleh guna.

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing yang termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah AS$15.52 bilion.

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$23.42 bilion pada akhir Januari 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” kata bank pusat.

Berita lanjut menyusul.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU