ARTIKEL

RM Corner satukan pelanggan berbilang bangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU GAJAH: Kedai makan RM Corner milik pasangan Melayu-Cina di sini kini menjadi simbol perpaduan apabila pelanggan pelbagai kaum dan agama memilih untuk menikmati hidangan bersama di premis berkenaan.

Pemiliknya, Ramli Musa berkata pada awal operasi sekitar 2005, kedai mereka sukar menarik pelanggan beragama Islam kerana ramai menyangka makanan dijual tidak halal susulan wajahnya yang sering disalah anggap sebagai warga Vietnam.

Beliau berkata premis itu juga pernah diperiksa pihak penguat kuasa agama selepas menerima aduan berkaitan status halal makanan, namun pemeriksaan mendapati kedai tersebut mematuhi syarat ditetapkan sebelum pelanggan Melayu mula berkunjung.

Menurut BERNAMA, RM Corner yang terkenal dengan masakan Cina berasaskan mi, bihun dan kuetiau kini semakin popular menerusi media sosial selain mempunyai pelanggan tetap daripada pelbagai kaum yang menyukai suasana mesra serta harga makanan yang berpatutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, Steven Tiw Tee Siang turut menyifatkan RM Corner sebagai contoh perpaduan rakyat Malaysia apabila pelanggan berbilang kaum dapat duduk semeja dalam suasana harmoni.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU