ARTIKEL

Uggah menunjukkan teks ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.  FOTO: Mohd Alif  Noni

RM1.09 Bilion Projek Dibiayai Kerajaan Sarawak Dianugerahkan Kepada Kontraktor Bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak RM1.09 bilion atau 54 peratus daripada jumlah projek bernilai RM2.02 bilion yang dibiayai Kerajaan Sarawak dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera setakat suku pertama tahun ini.
 
Menurut Timbalan Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, usaha itu mencerminkan komitmen berterusan dan usaha gigih kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memupuk serta menyokong kontraktor bumiputera agar mereka lebih berdaya saing dan berkebolehan.
 
“Program latihan dan pembangunan untuk kontraktor serta pembekal bumiputera yang merangkumi kursus berkaitan kemahiran, generik dan dalam talian akan terus dilaksanakan bagi memenuhi keperluan industri.
 
“Sepanjang 2024, sebanyak 110 kursus dijalankan yang memberi manfaat kepada 4,730 peserta, manakala sehingga suku pertama tahun ini, sebanyak 17 program latihan dilaksanakan melibatkan 1,626 peserta,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
 
Dalam pada itu, Uggah berkata kerajaan menyemak semula dasar dan prosedur perolehan bagi kerja, bekalan dan perkhidmatan yang dibiayai kerajaan dalam usaha mempertingkat kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan projek.
 
Jelasnya, antara semakan penting yang dibuat termasuklah Lembaga Tender Bahagian Negeri diberi kuasa untuk mempertimbangkan tawaran tender sehingga RM10 juta; Lembaga Tender Pusat Negeri diberi kuasa untuk mempertimbangkan tawaran tender yang melebihi RM10 juta; dan kementerian, jabatan serta agensi diberi kuasa untuk melantik perunding bagi projek kerja fizikal bernilai sehingga RM20 juta.
 
“Semakan ini bertujuan mempermudah proses perolehan serta mempertingkat pelaksanaan projek-projek yang dibiayai kerajaan negeri secara lebih cekap dan berkesan.
 
“Langkah ini juga bersesuaian dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku di seluruh Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan