ARTIKEL

RM115,000 untuk 17 buah sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Sejumlah RM115,000 geran di bawah peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) Adun Saribas Mohammad Razi Sitam diagihkan kepada 16 sekolah rendah, serta SMK Saribas.

Menurutnya, ia bertujuan membantu pihak sekolah membuka sesi persekolahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Kawalan (PKP) sejak 18 Mac lalu ekoran pamdemik Covid-19. Beliau katanya turut menyumbang RM10,000 kepada SK Tanjung Assam dan SK Serembang yang merekodkan kelulusan 100 peratus pada UPSR tahun lalu.

“Apabila sekolah dibuka, teruskanlah misi kecemerlangan di Saribas. Saya meletakkan harapan tinggi untuk melihat lebih ramai anak-anak kita berjaya.

“Bagaimanapun, pentadbiran sekolah dan ibu bapa harus memberikan keutamaan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan kesihatan di dalam normal baharu ini ekoran dunia masih berhadapan wabak dan kita masih belum menang sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir sesi bersama guru besar dan pengetua sekolah-sekolah di Dun Saribas, baru-baru ini. Razi sebelum ini menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Dun Saribas (JPPDS) yang ditubuhkan atas inisiatif beliau bersama semua guru besar dan pengetua.

Beliau mengucapkan selamat datang kepada Pengetua SMK Saribas Awet Gapor, Guru Besar SK Medang Ramaini Alek dan Guru Besar SK Tanjung Assam Majelan Tambi.

Turut diraikan bekas Pengetua SMK Saribas Merni Bujang yang telah berpindah ke SMK Bahasa Malaysia Saratok dan Rabia Andom ke SK Spaoh.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Betong Supian Ekeram dan Temenggong Bahagian Betong Pi’ee Alwi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha