ARTIKEL

Hiroshi Yokota.

RM2 Bilion Pelaburan Loji Polisilikon Kukuhkan Kedudukan Sarawak dalam Industri Semikonduktor Global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sarawak mencatat satu lagi kejayaan penting dalam landskap pelaburan teknologi tinggi apabila OCI Tokuyama Semiconductor Materials Sdn. Bhd. (OTSM) memulakan pembinaan loji polisilikon gred semikonduktor baharu bernilai RM2 bilion di Taman Perindustrian Samalaju di sini.

Lee Woo Hyun semasa berucap dalam majlis pecah tanah OTSM di Taman Perindustrian Samalaju.

Loji berteknologi tinggi itu akan dibina di atas tapak seluas 13.7 hektar dengan kapasiti pengeluaran mencecah 8,000 metrik tan setahun, menyasarkan pasaran utama seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, manakala kerja-kerja mekanikal dijangka siap pada suku pertama 2027 dengan operasi penuh loji dijangka bermula pada 2029.

OTSM merupakan syarikat usaha sama 50-50 antara OCI TerraSus Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh OCI Holdings dari Korea Selatan dan Tokuyama Corporation dari Jepun.

Projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 200 peluang pekerjaan berkualiti tinggi, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak dan memperkasa pembangunan bakat tempatan dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

Menurut Pengerusi OCI Holdings dan OCI TerraSus, Lee Woo Hyun, kerjasama antara Korea dan Jepun dalam projek luar negara seperti ini adalah jarang berlaku, sekali gus menjadi bukti keyakinan mereka terhadap Sarawak sebagai destinasi pelaburan strategik.

“Loji ini bukan sekadar struktur fizikal tetapi simbol kepada apa yang dapat dicapai melalui visi, nilai dan kerjasama. Ia menjadi contoh kepada inovasi, kelestarian dan impak tempatan yang bermakna,” katanya semasa berucap dalam majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut menekankan bahawa pelaburan ini seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 serta komitmen kepada tenaga boleh diperbaharui menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 10 tahun dengan Sarawak Energy, membolehkan loji ini menerima bekalan tenaga sebanyak 80 megawatt bermula tahun 2029.

Lee juga menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha membangunkan ekosistem pelaburan yang mampan serta menubuhkan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui.

“Institusi seperti CENTEXS dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak memainkan peranan penting dalam menyediakan bakat untuk sektor semikonduktor global dan tenaga bersih,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Presiden Tokuyama Corporation, Hiroshi Yokota dalam ucapan rakaman menyatakan bahawa projek ini bakal memberi impak positif kepada ekonomi tempatan melalui penciptaan pekerjaan, pembangunan tenaga kerja teknikal dan peningkatan infrastruktur serantau.

“Dengan kepakaran teknikal serta pengalaman OCI dan Tokuyama, disokong tenaga kerja berbakat dan dasar mesra pelabur Sarawak, kami yakin dapat menghasilkan produk berkualiti secara konsisten,” katanya.

Ini merupakan projek utama kedua OCI TerraSus di Sarawak selepas kerjasama dengan Kumho P&B Chemicals (OCI Kumho) pada 2024 bagi pengeluaran bahan kimia epiklorohidrin (ECH), sekali gus mengukuhkan lagi peranan Sarawak dalam rantaian bekalan semikonduktor dan industri global.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha