ARTIKEL

Borang permohonan pendaftaran Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MyLesen Motosikal Kelas B2 boleh diperoleh di Pejabat Pusat Khidmat P.217 Bintulu bermula 27 Februari hingga 15 Mac ini.

RM250 SAHAJA! Peluang Emas Belia Bintulu Miliki Lesen B2

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pusat Khidmat P.217 Bintulu membuka permohonan bagi Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MyLesen Motosikal Kelas B2 kepada golongan belia dan penduduk setempat yang layak dengan kadar bayaran serendah RM250.

Program anjuran bersama Akademi Memandu Budiman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan membantu individu yang belum memiliki lesen memandu, khususnya dalam kalangan penduduk Parlimen P.217 Bintulu.

Menurut kenyataan penganjur, antara syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 16 tahun ke atas, sihat dari segi fizikal dan mental serta belum memiliki sebarang lesen memandu.

Selain itu, pemohon juga perlu bebas daripada senarai hitam Mahkamah, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Keutamaan diberikan kepada penduduk di kawasan Parlimen P.217 Bintulu.

Borang permohonan boleh diperoleh di Pejabat Pusat Khidmat P.217 Bintulu bermula 27 Februari, manakala tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 15 Mac ini.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 086-319 888, 086-319 899 atau 013-768 8400 untuk maklumat lanjut serta urusan pendaftaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha