ARTIKEL

RM3,500 sekilo jadi projek popular

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Aktiviti penternakan burung walit diminati pada masa kini dan mendapat pasaran yang baik di dalam dan luar negara.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, harga sarang burung walit yang belum dibersihkan adalah tinggi iaitu purata RM3,500 sekilo bagi sarang yang belum bersih tahun 2019.

Menurutnya lagi, pada tahun lalu bagi sarang yang sudah diproses, harga purata adalah RM8,500 sekilo.

Kata Sagah, sebanyak 12 syarikat di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian yang membeli dan memproses sarang burung walit ini. Antaranya Wing Sheng, Swalow House, Dragon Brand, Borneo Nature, Reliance Birdnest, HSSH Birdnest, Tong Jee Birdnest, Borneo Agronomia, Chong Loon Birdnest, Jew Fatt Birdnest dan Jolly Crane.

Beliau memberitahu, empat syarikat iaitu Wing Sheng, Swalow House, Dragon Brand, Borneo Nature telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa China (GACC) untuk mengeksport sarang burung ke China.

“Maka pasaran sarang burung walit adalah sangat besar. Pengusaha burung walit perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dan perlu dipasang dengan Pengenalan Identiti Frekuensi Radio (RFID) untuk tujuan pengesanan supaya layak dieksport ke China.

Foto MOHD ALIF NONI

“Maka penternak burung walit sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran boleh menghasilkan sarang burung yang dieksport,” ujarnya pada Majlis Penyerahan Input Projek Ternakan Bagi Dun Mambong dan Dun Tarat di Dewan Kampung Sarig kelmarin.

Seramai 11 peserta dari Dun Mambong dan 16 peserta dari Dun Tarat menerima sijil input projek ternakan pada majlis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah DVS Sarawak Dr Sajem Jinim ketika ditemui Suara Sarawak berkata, pihaknya akan memberikan input mengenai burung walit dalam taklimat yang akan diadakan di Serian pada 17 Julai nanti.

Selain membekalkan bahan binaan untuk membina rumah burung walit, DVS juga akan membekalkan peralatan seperti Twitter iaitu muzik untuk memanggil burung walit.

“Peralatan itu dibekalkan supaya burung walit boleh datang ke rumah burung walit untuk tidur dan membuat sarang. “Projek ini sangat popular dan boleh dikatakan menguntungkan.

“Dari segi penyelengaraaan, kita tidak perlu bagi mereka makan kerana burung ini mencari makan sendiri. “Penternak harus memastikan muzik itu berfungsi dan memastikan keadaan rumah burung walit tidak terlalu panas dan sejuk dan kondusif untuk tinggal dan bersarang,” jelasnya. Tambah Dr Sajem, harga sarang burung agak tinggi di pasaran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,