ARTIKEL

RM43 juta diperuntuk bagi pembangunan jalan baharu di Pulau Piranuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebanyak RM43 juta telah diperuntukkan di bawah program Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) untuk membina jaringan jalan baharu dari Kampung Mentung Mara-U ke Kampung Mayang Kawan dan Pulau Piranuk di sini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben berkata, jalan jenis R1 itu dijangka akan memendekkan masa perjalanan melibarkan kampung tersebut.

“Dengan ini, ia diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang untuk penerokaan tanah baharu serta aktiviti tanaman komersial,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kaum serta Sijil AJKKK Kampung Pulau Piranuk di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan infrastruktur dan kemajuan asas dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan kerajaan juga sangat penting untuk melancarkan proses permohonan dan pelaksanaan setiap projek pembangunan,” ujarnya.

Terdahulu, turut diluluskan pada majlis tersebut adalah peruntukan khas sebanyak RM20,000 kepada JKKK Kampung Pulau Piranuk, bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan kampung.
KASPYEN Pix1 & Pix2

Sekitar rakaman ketika Martin menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kaum serta Sijil AJKKK di Kampung Pulau Piranuk, semalam.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah