ARTIKEL

RM5.058 juta BIK telah disalurkan kepada 1,686 pewaris pemegang kad KGC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Negeri telah menyalurkan sejumlah RM5.058 juta kepada 1,686 pemohon Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang telah diluluskan setakat penghujung tahun 2020.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 2,224 permohonan telah diterima yang merangkumi 1,983 permohonan dari tahun lepas dan 241 dari tahun ini.
“Tuntutan BIK harus diserahkan dalam tempoh tiga bulan setelah kematian pemegang kad KGC,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Baitulmakmur hari ini.
Jelasnya, waris pemegang kad hendaklah mengisi borang dan memberikan sijil kematian namun sekiranya terdapat masalah, mereka akan dibawa ke jawatankuasa khas untuk berbincang.
Menurut Fatimah, BIK sebanyak RM3,000 yang diberikan kepada pemegang kad adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban keluarga berkenaan dengan kos mengangkut jenazah dan pengebumian.
Tegasnya, inisiatif itu diberikan kepada individu yang belum mendapat bantuan pengurusan pengebumian melalui badan korporat atau skim pencen.
Sementara itu, seramai 53,209 orang bayi telah didaftarkan untuk ‘Endowment Fund Sarawak’ (EFS) sejak 2019 sehingga Disember 2020.
“Selain itu, seramai 23,564 orang ibu telah menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) pada tahun 2019 hingga 31 Disember lepas.
“Seramai 25,773 orang wanita dalam kumpulan berpendapatan rendah turut mendaftar untuk i-Suri di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun lepas,” jelasnya.
Beliau juga menjangkakan mungkin lebih ramai individu yang bakal menerima bantuan kebajikan bulanan kerana kesan daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini kerana, sebilangan rakyat ramai yang telah hilang punca pendapatan dan jatuh miskin.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu