ARTIKEL

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas hadir Ekspo dan Persidangan Ketersambungan Antarabangsa (ICC) 2025 di Bangsar hari ini. -- fotoBERNAMA

RMK13 Fokus Tingkatkan Pendapatan Negara Dan Rakyat – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok bakal memberi penekanan kepada usaha meningkatkan pendapatan negara dan rakyat selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata prinsip utama yang mendasari RMK13 adalah konsep raising the ceiling and raising the floor iaitu strategi jangka sederhana lima tahun untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.

“Kita juga akan memberi fokus kepada beberapa sektor, industri-industri yang tambah nilai dan juga mencipta nilai dan fokusnya adalah kepada penghiliran serta sektor hiliran. Ini adalah secara umum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo Ketersambungan Antarabangsa 2025 (ICC2025) di sini hari ini.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan matlamat untuk membina asas ekonomi yang lebih inklusif dan mampan dalam tempoh perancangan lima tahun akan datang.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat esok.

Mengenai ICC2025, Fahmi berharap program itu dapat memberi peluang kepada pemain industri telekomunikasi dan teknologi untuk meneliti perkembangan terkini dalam industri berkenaan termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang boleh dimanfaatkan menerusi Internet berkelajuan tinggi.

Walaupun kesalinghubungan dan kelajuan Internet semakin berkembang pesat, beliau berkata nilai-nilai manusiawi tidak boleh diketepikan dalam era digital.

“Kita boleh memanfaatkan AI tetapi aspek manusiawi seperti etika harus diutamakan serta dijadikan pasak serta tonggak kepada perancangan-perancangan kita termasuk dalam aspek pembangunan dan masa depan,” katanya.

Program yang berlangsung selama dua hari hingga esok itu menghimpunkan pemimpin industri, pembuat dasar dan inovator dari seluruh dunia untuk meneroka masa depan kesalinghubungan digital sekali gus menjadi platform utama bagi memahami trend baharu, membina kerjasama strategik serta memacu inovasi dalam dunia yang semakin terhubung.

Program itu antaranya menampilkan pameran teknologi terkini termasuk AI, teknologi kuantum dan ekosistem data pintar selain sesi panel berimpak tinggi bagi membincangkan cabaran dan peluang dalam era transformasi digital.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu