ARTIKEL

Roland mahu publisiti murahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR Cabang Baram baru-baru ini hanya sekadar untuk mendapatkan publisiti murahan, kata Adun Marudi Datuk Dr Penguang Manggil.

Terdahulu, Pengerusi PKR Cabang Baram Roland Engan mengeluarkan kenyataan yang mencabar tiga Adun Baram daripada GPS untuk membawa usul ke Dun bagi mengisytiharkan status Daerah Baram kepada Bahagian.

“Roland sebenarnya tidak perlu mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana kami memang dalam proses untuk menaik taraf status Baram menjadi Bahagian.

“Bagi saya, kenyataan dia hanya untuk mendapatkan publisiti murahan kerana menyebut perkara yang sudah dilakukan,” kata beliau ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Penguang memberitahu, bahawa beliau sendiri sudah menyebut perkara tersebut banyak kali kepada pemimpin tertinggi Kerajaan Sarawak dan kini, ia dalam proses untuk dilakukan.

“Pejabat Residen kini sedang berusaha menyediakan kertas kerja dan segala yang diperlukan.

“Kemungkinan persediaan itu bakal siap pada hujung tahun ini ataupun tahun depan,” jelasnya.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan itu menambah, apa yang penting sekarang adalah menyediakan segala infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan di Baram bagi merealisasikan perkara tersebut.

“Roland tidak tahu langkah-langkah yang diperlukan untuk naik taraf status Baram menjadi Bahagian.Mereka boleh cakap apa saja mereka mahu. Mereka sebenarnya hanya mengambil nama atas usaha yang telah dilakukan oleh orang lain,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha