Roland Sagah sedia mempertahankan DUN Tarat

SERIAN: Adun Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn bersedia mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan datang.
Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menyerahkan nasibnya kepada Ketua Menteri yang juga Presiden PBB, Datuk Patingg Abang Johari Tun Openg.
“Secara fizikal, saya masih kuat untuk terus menjadi wakil rakyat bagi penggal seterusnya.
“Tapi sama ada saya diberi untuk mempertahankan kerusi atau tidak, itu bergantung kepada Presiden parti,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Serah Tapak Projek Baik Pulih Jalan Kampung Tarat Melawi dan Jalan Hiap Poh, Beratok di sini hari ini.
Sagah yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Pembangunan Wilayah dan Tanah Adat telah menjadi Adun Tarat selama lima penggal, sejak memenangi kerusi itu pada 1996.