ARTIKEL

Roland Sagah tinjau projek pembangunan semula SK Nanga Meluan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, semalam mengadakan lawatan kerja untuk meninjau status pelaksanaan projek Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Meluan.

Projek pembangunan semula sekolah itu merangkumi pembinaan sebuah blok yang menempatkan 12 bilik darjah, sebuah blok pentadbiran, dua blok asrama lelaki dan perempuan berkapasiti keseluruhan 100 penghuni, serta lapan unit rumah guru.

Turut dilaksanakan ialah pembinaan sebuah dewan makan berkapasiti 200 orang, pondok pengawal, rumah pam, kerja luar serta kerja mekanikal dan elektrikal bagi menyediakan kemudahan pendidikan yang lengkap dan selesa kepada warga sekolah.

Lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dan agensi pelaksana dalam memastikan setiap projek pembangunan pendidikan dipantau secara rapi serta disiapkan mengikut keperluan dan piawaian yang ditetapkan.

Penyiapan projek pembangunan semula SK Nanga Meluan bakal menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat, berkualiti dan kondusif, sekali gus meningkatkan keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi warga sekolah di kawasan luar bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat