ARTIKEL

Rolland Duat Jubin disambut meriah sebaik tiba untuk Program Bersama Rakyat di Rumah Umpur Salau, Nanga Lamba, Merurun Entabai.

Rolland hargai sokongan rakyat sepanjang khidmat sebagai wakil rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Penghargaan ke atas sokongan dan kepercayaan masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai wakil rakyat menjadi antara perkara utama yang dizahirkan Datuk Rolland Duat Jubin ketika menghadiri Program Bersama Rakyat di Rumah Umpur Salau, Nanga Lamba, Merurun Entabai.

Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Meluan itu berkata, sokongan berterusan penduduk menjadi kekuatan dan dorongan kepadanya untuk terus melaksanakan tanggungjawab serta memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

“Dengan penuh keikhlasan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus berjuang,” katanya.

Pada program yang sama, beliau mengambil kesempatan memberikan penjelasan pelbagai inisiatif pembangunan yang sedang dirancang dan dilaksanakan, khususnya di kawasan Meluan serta Nanga Sengaih.

Menurutnya, setiap usaha pembangunan yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan penduduk, terutama masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Saya juga ingin mengingatkan masyarakat supaya terus memelihara hubungan baik, memperkukuh perpaduan dan mengamalkan sikap saling membantu bagi memastikan keharmonian sentiasa terpelihara,” katanya.

Rolland turut diberi penghormatan menyempurnakan perasmian projek menaik taraf rumah panjang yang telah siap dilaksanakan menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebelum ini.

Pelaksanaan projek itu mencerminkan usaha berterusan untuk memperbaiki kemudahan kediaman serta menyediakan persekitaran lebih selesa kepada penduduk rumah panjang berkenaan.

Program tersebut turut diserikan dengan sambutan hari jadi seorang belia Rumah Umpur, Vianny, yang diraikan dalam suasana penuh kemesraan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU