ARTIKEL

Romania Keluarkan Amaran Banjir Merah Susulan Hujan Lebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUCHAREST: Institut Hidrologi dan Pengurusan Air Kebangsaan Romania pada Jumaat mengeluarkan amaran banjir merah bagi Sungai Niscov di daerah tenggara Prahova dan Buzau, dengan memberi amaran mengenai kenaikan paras air yang berbahaya susulan hujan lebat, lapor Xinhua.

Amaran itu berkuat kuasa sehingga 3 petang waktu tempatan (1300 GMT) dan menandakan kemungkinan paras air melepasi tahap bahaya.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran jingga sehingga 12 tengah hari waktu tempatan (1000 GMT) bagi sungai berkenaan di daerah Prahova serta beberapa sungai di daerah Vrancea di bahagian timur tengah, manakala amaran kuning meliputi sebahagian lembangan Sungai Barlad di timur Romania.

Amaran kecemasan telah dihantar kepada penduduk di komuniti berisiko. Di Prahova, anggota bomba menerima beberapa panggilan untuk mengepam air dari halaman yang dinaiki air, namun tiada rumah dilaporkan rosak.

Di daerah Buzau, kenaikan air Sungai Niscov telah menutup laluan jalan ke sebuah kampung, menyebabkan 12 penduduk daripada empat isi rumah terasing. Pegawai kecemasan tempatan memaklumkan bahawa penduduk berada dalam keadaan selamat dan mempunyai bekalan mencukupi.

Pihak berkuasa hidrologi Romania mengklasifikasikan amaran banjir kepada tiga tahap – kuning, jingga dan merah – daripada risiko potensi banjir hingga bahaya melampau.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.