ARTIKEL

Profesor Dr Novel Lyndon

Rombakan kabinet mungkin dipengaruhi keputusan PRN Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rombakan kabinet baru-baru ini boleh dilihat sebagai langkah strategik politik yang mengimbangi simbolisme dan pragmatisme, kemungkinan dipengaruhi oleh keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Penganalisis Sosiologi Politik, Profesor Dr Novel Lyndon berkata, inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempatkan wakil Sarawak pada kedudukan tertentu menunjukkan pengiktirafan ke atas kepentingan Sarawak.

“Pada masa yang sama memperkukuh patronase politik dan kestabilan Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Tambah Dr Novel Lyndon, pelantikan ini juga mencerminkan strategi ‘pembahagian kuasa politik’ berlapis.

Dengan menempatkan individu Sarawak di kabinet, beliau berkata, Perdana Menteri mengurangkan risiko kehilangan sokongan politik di negeri tersebut, terutamanya menjelang pilihan raya negeri dan persekutuan.

“Aspek kritikal yang perlu diperhatikan ialah kuasa sebenar menteri-menteri ini; sama ada mereka diberikan portfolio strategik yang membolehkan pengaruh nyata ke atas dasar, atau sekadar jawatan simbolik untuk menenangkan rakyat dan membina imej kerajaan inklusif.

“Dari segi agenda Sarawak, rombakan ini menunjukkan potensi peningkatan perhatian isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), autonomi negeri dan pembangunan infrastruktur.

“Bagaimanapun keberkesanan agenda ini dipengaruhi faktor institusi dan politik pusat.

Isu MA63, walaupun menjadi tumpuan simbolik, sering terbatas oleh kebergantungan kepada peruntukan persekutuan dan polisi nasional yang lebih luas.

“Tanpa kuasa politik dan sokongan birokrasi yang cukup, agenda pembangunan dan autonomi Sarawak boleh terhenti pada tahap pernyataan dasar, bukan implementasi praktikal,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, implikasi penggubalan dasar dan peruntukan ekonomi juga perlu dianalisis secara kritikal.

Katanya, menteri-menteri Sarawak berpotensi mempengaruhi sektor tenaga, pembangunan wilayah, dan infrastruktur, tetapi ini menuntut kemampuan negosiasi politik tinggi dalam kabinet berbilang parti.

Bahkan kata beliau, terdapat risiko kepentingan negeri boleh dikompromi oleh agenda nasional atau tekanan parti dominan.

“Cabaran utama bagi menteri Sarawak ialah memastikan aspirasi negeri tidak sekadar simbolik, tetapi diterjemahkan kepada dasar yang memberi impak nyata kepada rakyat.

“Mereka perlu mengimbangi konflik kepentingan antara agenda nasional dan tuntutan rakyat, sambil menangani persepsi bahawa pelantikan mereka mungkin lebih bersifat kosmetik daripada substantif.

“Secara kritikal, rombakan kabinet mencerminkan kompromi politik; keberkesanan sebenar kepentingan Sarawak bergantung kepada kemampuan menteri dalam perbincangan ruang kuasa sistem persekutuan yang kompleks.

“Kesimpulannya, rombakan Kabinet ini merupakan manifestasi strategi politik berhati-hati menenangkan kepentingan negeri, menguatkan legitimasi kerajaan, dan menyusun naratif inklusif, tetapi ia juga menyingkap batasan kuasa sebenar wakil Sarawak.

“Ia lebih mencerminkan kompromi simbolik dan politik pragmatik daripada transformasi dasar signifikan bagi Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha