ARTIKEL

Tun Wan Junaidi (tengah) serta isteri menerima kunjungan hormat daripada NREB.

Rombongan NREB lakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mengadakan kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, semalam.

Kunjungan tersebut diketuai Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam, sebagai tanda penghormatan atas pelantikan Tun Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8 pada 26 Januari lalu.

Dalam kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu, Tun Wan Junaidi berkongsi tentang pengalaman luas beliau menerajui beberapa kementerian di peringkat Persekutuan sejak tahun 2015 hingga 2022.

Dalam kunjungan yang sama, temu ramah turut dilaksanakan bagi penerbitan buku ‘Coffee Table Book’ sempena sambutan ulang tahun NREB ke-30.

Buku tersebut akan dilancarkan pada Majlis Makan Malam NREB sempena sambutan ulang tahun ke-30 NREB pada bulan Julai kelak.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Kanan, Mariati Yaman, dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Mohd Jefrin Azlan Abdullah.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU