ARTIKEL

Gambar hiasan

Rompak bersenjata, lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merompak pekerja kedai serbaneka menggunakan sebilah pisau lalu mengambil wang tunai RM600 dari mesin juruwang.

Tertuduh, 49, dari Kampung Tabuan, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Shafiza Datuk Abdul Razak Tready.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan rompakan bersenjata itu terhadap seorang wanita berusia 45 tahun di dalam sebuah kedai runcit di Jalan Muara Tabuan, sekitar 2.40 petang, 30 September lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun yang sama.

Menurut fakta kes, hasil siasatan mendedahkan pada hari kejadian, Faizal menggunakan topi keledar masuk ke dalam kedai dan datang ke kaunter untuk membayar gula-gula.

Tiba-tiba, Faizal menekup mulut pengadu dari arah belakang dengan memegang sebilah pisau.

Kemudian, dia mengambil wang sebanyak RM600 sebelum keluar melarikan diri.

Pengadu yang dalam keadaan trauma dan takut itu membuat laporan polis.

Tangkapan berjaya dilakukan pada 2 Oktober lalu di sebuah kedai makan di Pusat Komersial Pearl sekitar 8.45 pagi.

Semasa disiasat, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan tertuduh, selain pengadu mengesahkan melalui kawad cam.

Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran dan demi kepentingan awam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi