ARTIKEL

Gambar hiasan

Rompak seutas gelang emas, buruh dipenjara lima tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU, Kelantan: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang buruh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan merompak seutas gelang tangan emas daripada seorang warga emas di Pasir Puteh.

Adnan Abdullah, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Lelaki itu didakwa merompak seutas gelang tangan emas milik seorang peniaga kedai runcit berusia 60 tahun di hadapan kedai runcit milik wanita itu di Pasir Puteh pada 1.30 tengah hari, 16 November lalu.

Adnan didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun Adnan, yang tidak diwakili peguam, merayu agar dia dikenakan hukuman paling minimum, atas alasan dia terpaksa melakukan perbuatan itu kerana terdesak mahu menggunakan wang bagi perbelanjaan kos isteri bersalin anak ketiga di hospital.

Tertuduh, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta mengidap penyakit kencing manis, mengaku telah menyesal selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu dan mahu meminta maaf dengan mangsa.

Selepas meneliti dan mendengar hujahan serta rayuan Adnan, Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh tangkap, 16 November lalu, dan dikecualikan daripada sebatan atas faktor usia.

Zulkifli juga berharap tertuduh tidak mengulangi perbuatan jenayah itu kerana boleh membahayakan orang awam, selain mengarahkan gelang tangan emas terbabit dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Selain itu, motosikal yang digunakan tertuduh perlu diserahkan kepada polis kerana bersabit dengan kes curi kenderaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha