ARTIKEL

Peguam Datuk Jagjit Singh (tengah) yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor ketika sidang media di Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman putrajaya hari ini.

Rosmah Gagal Rayuan Gugurkan Hakim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam rayuan akhirnya untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes rasuah melibatkan projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar sebulat suara memutuskan bahawa tiada kesilapan dilakukan yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Mohamed Zaini tidak melanggar Kod Etika Hakim 2009 susulan dakwaan bahawa draf penghakiman yang bocor telah disediakan unit penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum beliau menyampaikan keputusannya pada 1 Sept 2022.

“Oleh itu, rayuan ini ditolak,” kata Hakim Nordin.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, daripada kes berkenaan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU