ARTIKEL

Roy Angau calon pilihan pimpin Pemuda PRS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyokong penuh pencalonan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi sebagai Ketua Pemuda PRS pada Konvensyen Tertinggi Dewan (TDC) akan datang.

Dalam kenyataan bersama Timbalan Ketua Pemuda PRS Bahagian Sri Aman, Fredrick Edward Gerijih dan Exco Pemuda Pusat PRS, Brauszelt Elden Usah (dari DUN Mambong) menyatakan, Roy yang berpengalaman sebagai peguam muda dan aktivis belia dilihat mampu membawa Sayap Pemuda PRS ke arah pembaharuan progresif, inklusif dan sejajar aspirasi anak muda Sarawak.

“Roy, 46 tahun, yang masih muda dan penuh tenaga, mempunyai kelebihan kepimpinan yang kukuh serta visi jelas untuk memperkasakan generasi muda.

“Ini termasuk golongan belia di kawasan luar bandar yang memerlukan lebih banyak peluang dalam bidang pendidikan, teknologi dan ekonomi,” kata mereka dalam kenyataan, hari ini.

Pergerakan Pemuda PRS Sri Aman percaya kehadiran Roy dalam pucuk pimpinan Sayap Pemuda PRS akan menjadi pemangkin perubahan positif serta memperkukuh peranan golongan belia sebagai rakan strategik dalam menentukan hala tuju parti.

“Sokongan ini juga berlandaskan keyakinan bahawa beliau mempunyai integriti, keupayaan berkomunikasi yang baik dan keupayaan membina jaringan kerjasama yang luas demi masa depan PRS.

“Selain itu, beliau banyak membantu dari segi sokongan dan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai program belia dan pemuda, termasuk inisiatif pembangunan kemahiran, sukan serta aktiviti kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Sumbangan beliau ini telah memberi impak positif yang nyata kepada komuniti belia di seluruh negeri,” ujarnya.

Kedua-duanya yakin pengalaman, visi dan dedikasi Roy menjadikan beliau calon terbaik untuk memimpin Sayap Pemuda PRS ke tahap lebih gemilang biarpun mungkin mendapat saingan sengit daripada dua pesaing.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,