Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Royston berbaju Batik Linut mengundi di Sk Kampung Petanak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH:  Calon Dun Tellian dari Parti Gabungan Sarawak (GPS) Royston Valentine hadir berpakaian baju batik linut Melanau mengamit tumpuan ramai pada pagi ini hadir sekitar jam 7.45 pagi.

Ketika ditemui pemberita beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang hadir dalam melaksanakan kewajipan mereka di Dun Tellian pada hari ini.

“Kita berharap agar cuaca cerah pada sebelah pagi berlanjutan sehingga petang agar proses pengundian berjalan lancar dan tidak berlakunya hujan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Malah beliau yakin kemenangan dapat berpihak kepada GPS dan berharap kerajaan GPS kekal sebagai parti yang memerintah untuk Dun Tellian.

Beliau turut menjelaskan akan turun ke pusat pengumpulan undi di Dewan Sri Pekala Kampung Kuala Lama setelah semua proses pengundian di Dun Tellian berakhir pada sebelah petang.

“Kita harap semua urusan pengundian hari ini dan pengiraaan petang ini nanti dapat berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Untuk Dun Tellian ini seramai 10,059 pengundi akan turun mengundi pada hari ini iaitu meliputi 4,953 (49.24%) pengundi lelaki dan 5,106 (50.76%) pengundi perempuan dengan lebih 16 pusat pengundian dibuka.

Baca lain  Berikan kami mandat untuk bantu rakyat

Para PRN-11,kerusi Dun Tellian telah dimenangai Yusibnosh Balo dengan majoriti 5087 undi mengalahkan Asini @Hasni Yahya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan jumlah 666 undi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru