ARTIKEL

MOHAMAD DURI

RTP strategi penting Kerajaan Sarawak percepat transformasi luar bandar – Mohamad Duri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Projek di bawah Transformasi Luar Bandar (RTP) syang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak terbukti memberi impak besar dalam pembangunan masyarakat luar bandar dengan pendekatan menyeluruh dan pelaksanaan yang pantas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri berkata, sejak dilaksanakan, RTP memacu pelbagai projek berskala sederhana seperti pembinaan jalan kampung, jambatan, dewan serba guna, rumah ibadat, kemudahan sukan serta sistem bekalan air bersih yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Tegasnya, keberkesanan RTP terletak pada pendekatan berasaskan rakyat kerana setiap projek ditentukan berdasarkan keperluan sebenar penduduk melalui wakil rakyat.

“Projek RTP bukti komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan pembangunan luar bandar berlaku dengan cepat dan menyeluruh.

“Ia bukan sahaja menyediakan infrastruktur asas, malah membuka ruang ekonomi baharu serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Terdahulu beliau menyertai sesi libat urus bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong, JKR Daerah Saratok dan kontraktor yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok Muhammad Dino Amid.

Jelasnya, inisiatif itu mampu mempercepat usaha menutup jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar sekali gus menyokong matlamat Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Dengan sifatnya yang inklusif, RTP memastikan tiada golongan tercicir menerima manfaat daripada kemudahan yang disediakan.

“RTP kekal sebagai strategi penting Kerajaan Sarawak dalam mempercepat transformasi luar bandar, mengangkat taraf hidup rakyat dan memperkukuh semangat kesejahteraan masyarakat di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Sejak 2015 sehingga 2022, RM26.5 juta dibelanjakan untuk membangunkan 104 projek yang memanfaatkan rakyat DUN Kalaka.

Tahun ini sahaja, 30 projek RTP diluluskan di DUN Kalaka, yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha