ARTIKEL

Abang Johari (kiri) menyampaikan hadiah kepada Rul Azhar yang dinobatkan sebagai juara pada Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), malam tadi. | Foto: RAMIDI SUBARI

Rul Azhar juara Bintang P. Ramlee 2026, bawa pulang RM20,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Persembahan memukau menerusi lagu Derita membawa tuah kepada Rul Azhar atau Mohamad Faqhrul Azhar Mohamad Zabandi apabila beliau dinobatkan sebagai juara pada Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 malam tadi.

Acara yang berlangsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dekat sini juga menyaksikan Rul Azhar yang mewakili Zon Utara membawa pulang wang tunai RM20,000 serta trofi dan sijil.

Abang Johari (tengah) serta tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama enam peserta Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026. Foto: RAMIDI SUBARI

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Sementara itu, MahaZail (Mahathir Zailani) dari Zon Sarawak yang menyampaikan lagu Senyap dan Sunyi menduduki tempat kedua, manakala Ejan Ramlee (Jeffryzan Jamil) dari Zon Sabah meraih tempat ketiga menerusi lagu Gelang Suasa.

Sekitar rakaman kenangan sepanjang Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 berlangsung. Foto: RAMIDI SUBARI

P. Arwan (Mohd Ridzuan Md Taib) dari Zon Selatan pula menerima anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Getaran Jiwa, selain meraih hadiah sagu hati pertama.

Hadiah sagu hati kedua dimenangi Mus Ramlee (Mohammad Mushawwir Abdul Rani) dari Zon Tengah menerusi lagu Seri Bunian, manakala Hasnul Hassan (Mohamad Hasnul Hassan) dari Zon Timur yang menyampaikan lagu Bila meraih hadiah sagu hati ketiga.

Sekitar rakaman kenangan sepanjang Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 berlangsung. Foto: RAMIDI SUBARI

Pentas akhir itu turut diserikan dengan kehadiran Tony Eusoff dan Nabila Huda sebagai pengacara, manakala artis jemputan Aina Abdul, Amir Masri dan Danie Hasbullah menghiburkan penonton menerusi persembahan istimewa.

Nur Hijrah Yahya, Roxy Izzy dan Azie Mustapha turut bergabung dengan finalis dalam persembahan berkumpulan khas.

Bintang P. Ramlee ialah pertandingan nyanyian yang dianjurkan setiap dua tahun oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kerajaan Sarawak.

Pertandingan itu mula dianjurkan di Sarawak pada 1988 sebelum diperluas ke peringkat kebangsaan pada 1993. Penyertaan antarabangsa diperkenalkan pada 2016, manakala edisi 2026 menampilkan enam wakil daripada zon tempatan.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Wizana Hashim; Naib Canselor UNIMAS, Datuk Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit; serta wakil lain.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah