PERSEDIAAN menghadapi fasa tua boleh menjadi mimpi ngeri sekiranya tidak membuat persediaan awal.
Semakin kita berumur, kita harus memastikan persekitaran selamat kerana terdapat banyak faktor yang boleh mendatangkan bahaya termasuk kawasan persekitaran rumah.
Apabila usia kita meningkat, mungkin tidak mudah hidup berdikari dan mungkin sukar kita mencari keselesaan rumah dengan cepat.
Hal ini boleh menjejaskan aktiviti di sekeliling rumah melibatkan keselamatan dan mudah diakses.
Terdapat beberapa cara memastikan rumah lebih selamat dan mesra warga emas.
LANTAI SESUAI
Pastikan lantai anda mesra warga emas.
Lantai dimaksudkan tidak hanya merujuk kepada permukaan lantai tersebut, tetapi barangan di lantai turut diambil kira. Kurangkan penggunaan permaidani atau tikar.
Periksa sama ada permaidani atau permukaan lantai semakin merosot, tidak rata atau mudah bergerak.
Ia boleh mendatangkan bahaya kepada warga emas yang bergerak perlahan atau bergantung dengan alat bantuan berjalan seperti tongkat.
SUSUN LETAK BARANGAN
Selain itu, penyusunan semula barangan kegunaan harian agar mudah diakses oleh warga emas.
Barangan yang sering digunakan golongan ini hendaklah disimpan di ruang yang mudah diakses dan selamat, lebih-lebih lagi barangan di kawasan bilik mandi.
Pastikan barangan ini berada pada ketinggian yang boleh diakses, bukan di dalam almari tinggi atau terlalu rendah.
Pemasangan alat bantuan kebolehcapaian dan rel pegangan untuk membantu mereka untuk bergerak seorang diri.
Alat bantuan kebolehcapaian dan rel cengkaman sangat penting di bilik mandi dan tandas.
Rel menyediakan sokongan yang diperlukan apabila pergerakan tidak teratur, untuk naik dan turun, atau apabila keseimbangan diperlukan. Rel juga membantu apabila permukaan lantai tidak rata.
Cengkaman dan kekuatan mereka tidak menentu pada usia tua.
Justeru, ia penting untuk memastikan mereka tidak cedera atau berlaku kemalangan di dalam rumah.
Seterusnya, pastikan agar tukar pemegang tombol pintu kepada tuas yang lebih mudah untuk dibuka.
Periksa juga pili paip agar tidak terlalu sukar digunakan atau gantikan dengan pili jenis Ceramic Valve – hanya perlu pusing 90 darjah untuk buka atau tutup paip.
PERSEKITARAN SELAMAT
Susunan barang dalam ruangan di dalam rumah juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan warga emas.
Untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin, anda boleh pastikan ruang selamat dengan membersihkan kawasan lalu lintas utama seperti koridor dan pintu masuk.
Keluarkan objek yang tidak stabil atau rapuh dari kawasan yang sukar dicapai.
Pastikan sebarang objek yang boleh mendatangkan bahaya, seperti kaca atau barang berat, disimpan dengan selamat.
Sekiranya rumah anda dua tingkat dan bilik asal golongan tersebit di atas, anda boleh mencadangkan untuk mereka berpindah bilik ke bahagian bawah untuk lebih mudah bergerak



