ARTIKEL

Anggota bomba dari BBP Lopeng memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Beluru-Long Teru. | Foto JBPM

Rumah musnah terbakar di Jalan Beluru-Long Teru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELURU: Sebuah rumah kayu musnah keseluruhan dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Beluru-Long Teru berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinjar di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.27 petang, Ahad.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman diketuai PBK II Gajau Jemat. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU