ARTIKEL

Rumah sewa hangus, empat hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Empat orang penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sewa yang didiami mereka musnah dalam insiden kebakaran di Jalan Sim Chong Chat, No 85-86 Taman Gilbert, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 9.30 pagi.

Katanya, sejurus selepas menerima laporan kejadian, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak mengerahkan sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Miri dan BBP Lopeng untuk hadir ke lokasi kejadian dengan segera.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah berkembar dua tingkat jenis kekal berkeluasan 52 kali 26 kaki persegi.

“Rumah pertama mengalami kemusnahan hampir 100 peratus, manakala rumah kedua terbakar 70 peratus.

“Sebuah kereta jenis Honda Civic turut terbakar di bahagian hadapan dan juga bumbung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, serta punca kebakaran kini masih dalam siasatan.

Kereta jenis Honda Civic terbakar di bahagian hadapan dan bumbung

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU