ARTIKEL

Keadaan rumah yang telah musnah sebanyak 80 peratus akibat kebakaran.

Rumah sewa terbakar, sepuluh penghuni hilang tempat berteduh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sepuluh penghuni hilang tempat berteduh selepas rumah sewa yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Lot 161, Jalan Miri-Bintulu, Suai Batu Niah, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 3.26 petang.

Anggota bomba berusaha memadamkan api kebakaran yang sedang marak.

Katanya, sejurus selepas menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 40 kali 40 kaki persegi telah terbakar sebanyak 80 peratus.

“Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 100 kaki, satu nozel air daripada tangka jentera dan seterusnya membentangkan hos hantaran 200 kaki dua nozel, satu pam angkut dengan menggunakan air terbuka dari sungai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, rumah terbabit dihuni seramai 10 orang terdiri daripada dua penyewa di tingkat bawah, dan lapan orang penyewa di tingkat atas, namun kesemua penghuni dilaporkan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku di lokasi kejadian.

Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran semula, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Bagaimanapun katanya, punca kebakaran serta kesemua jumlah nilai kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha