ARTIKEL

Rumah terbakar di Miri petang tadi, tragedi buat 11 penghuni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua buah rumah didiami 11 penghuni dari dua keluarga di Jalan Miri-Pujut musnah terbakar dalam satu kejadian petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 2:54 petang.

Katanya, Seramai 19 anggota dari dua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan Miri dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka dan air jentera.

“Kebakaran terkawal pada jam 3.35 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 3.55 petang,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam kejadian itu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dua buah rumah di Jalan Miri-Pujut musnah terbakar petang tadi.

 

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan Miri memadam kebakaran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha