ARTIKEL

Rumah terbakar ketika pergi kenduri, empat sekeluarga hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Empat sekeluarga hilang tempat tinggal selepas rumah jenis tidak kekal yang mereka diami musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tebaan pagi tadi.

Menurut Ketua Kaum Kampung Tebaan, Liman Shahzuan, kejadian berlaku kira-kira 8.29 pagi ketika kesemua 15 mangsa menghadiri majlis kenduri.

“Mangsa hanya menyedari rumah mereka terbakar selepas terdengar jeritan penduduk kampung.

Bagaimanapun, mereka tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.32 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka dan berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran pada 9.30 pagi,” ujarnya.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 10.58 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha