Rumah terbuka akrabkan hubungan rakyat

Sarawak terkenal dengan masyarakat majmuk berbilang kaum, agama dan budaya. Perpaduan yang ada di negeri ini tidak boleh disangkal dan dinafikan oleh mana-mana pihak ataupun masyarakat di selu- ruh dunia.

Keakraban masyarakat kita jelas kelihatan ketika menyambut perayaan bersama-sama dengan berkongsi pelbagai juadah dan aneka kuih-muih tradisional bangsa masing-masing.

Tidak cukup dengan itu, masyarakat di negeri ini tidak menghalang pakaian tradisional mereka digayakan oleh bangsa lain termasuk pada majlis perkahwinan.

Banyak kita lihat para pengantin mengenakan pakaian berkonsepkan Cina, Iban dan banyak lagi untuk bersanding.

Pada musim perayaan tahun ini, Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitrti disambut bersama-sama dalam acara rumah terbuka yang dianjurkan oleh agensi, jabatan serta persatuan di negeri ini.

Keakraban dan Keharmonian

Gawai Raya merupakan perayaan yang menjadi sambutan dan buah mulut masyarakat kita di negeri ini pada tahun ini. Keakraban dan keharmonian sangat dirasakan dalam menjayakan majlis tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering keakraban antara masyarakat berbilang kaum dan

agama merupakan keistimewaan Sarawak yang harus dipelihara sampai bila-bila.

Katanya, tradisi rumah terbuka yang menjadi budaya turun-temurun masyarakat di negeri ini pada setiap musim perayaan mewujudkan suasana meriah, penuh dengan nilai toleransi.

Sebab itu konsep rumah terbuka dalam sambutan perayaan utama di negeri ini yang diraikan bersama-sama oleh masyarakat berbilang kaum dan agama perlu diteruskan demi perpaduan masyarakat.

Hal ini kerana perpaduan inilah yang menjadikan kita terus akrab seperti dalam satu keluarga meskipun bergaul dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Kata-kata dan pesanan daripada beliau sangat bermakna untuk masyarakat dan rakyat kita di

negeri ini, perpaduan yang menjadi tonggak kepada keharmonian negeri Sarawak perlu dipelihara sebaik mungkin oleh kita semua dan tradisi perlu dipertahankan.

Tidak dinafikan terdapat pelbagai dakwaan yang kita dengar tentang negeri Sarawak baru-baru ini, namun sebagai masyarakat yang sudah lali dengan perpaduan kita tidak boleh menerima tomahan dan dakwaan terhadap negeri ini dengan mudah.

Mempertahankan Hak Negeri

Tugas pemimpin adalah untuk memastikan rakyat mendapat keperluan dan menjadi ketua kepada perpaduan tetapi tugas kita sebagai rakyat adalah untuk membantu mempertahankan hak negeri ini terutama dalam hal perpaduan.

Perayaan membuktikan negeri ini utuh dalam perpaduan, tidak ada perbezaan yang dipamerkan oleh kita semua kerana rumah ter- buka Gawai dihadiri oleh bangsa lain dan rumah terbuka Ailfitri juga dihadiri oleh saudara yang ber- bangsa lain.

Tidak ada perbezaan agama, tidak ada perbezaan dialek, tidak wujud perkataan “perbezaan” di Sarawak kerana hidup saling menghormati dan sanggup bersama-sama dalam banyak hal untuk kepentingan negeri ini.

Sarawak sudah biasa makan dan duduk bersama, menghormati sesama sendiri dan faham batas agama.

Teruslah bersatu hati dalam mempertahankan hak dan keharmonian negeri ini.

Sambutlah perayaan bersama-sama demi mengukuhkan perpaduan yang erat di sini.

Suara Sarawak