ARTIKEL

Pang bersama-sama jawatankuasa SUPP Cawangan Bintulu merakam gambar seusai mempengerusikan mesyuarat sambutan Tahun Baharu Cina 2024 ADUN Tanjong Batu dan SUPP Cawangan Bintulu.

Rumah Terbuka TBC di Restoran Dinner World pada 15 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: ADUN Johnny Pang Leong Ming dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Restoran Dinner World Bintulu pada 15 Februari ini.

Pengerusi SUPP Cawangan Bintulu Johnny Pang Leong Ming berkata, majlis rumah terbuka itu akan diserikan dengan kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Kenamaan lain yang turut dijangka hadir Timbalan Premier merangkap Presiden SUPP Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan merangkap timbalan presiden SUPP Datuk Seri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni merangkap setiausaha SUPP Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

“Rumah terbuka akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1 petang. Ini merupakan kali kedua sambutan sebegini diadakan melalui konsep rumah terbuka.

“Sepanjang sambutan itu, pelbagai program akan diadakan seperti persembahan kebudayaan, tarian tradisional dan moden, persembahan Tarian Singa dan Naga, nyanyian lagu-lagu Tahun Baru Cina dan lain-lain,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat sambutan Tahun Baru Cina 2024 di Pejabat Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu, di sini, semalam (Khamis).

Tambahnya lagi, pihaknya juga berbesar hati menjemput semua lapisan masyarakat untuk memeriahkan sambutan rumah terbuka berkenaan menggunakan pakaian tradisional yang bersesuaian.

BERITA LAIN

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli