ARTIKEL

Rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JERTIH: Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 petang daripada orang awam dan 13 anggota bersama dua jentera serta satu lori tangki telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kediaman separa kekal dua tingkat telah musnah 80 peratus. Sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah lori satu tan dan lima motosikal terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata api dipadamkan pada 9.04 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU