ARTIKEL

Perjanjian Malaysia 1963, MA63, PERANTIS, NGO Sarawak, Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak, PERANTIS, Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak, PERASA, Raban Semadak Borneo Brotherhood, Persatuan Kebajikan Persaudaraan Sahabat Miri @ Kaban Menyadi, kerusi Parlimen
Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia.

Rundingan damai Thailand-Kemboja antara fokus dewan rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri sama ada Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab.

Sementara itu, pada sesi soal jawab pula, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) bertanyakan Menteri Luar Negeri mengenai cadangan Joint Development dengan Indonesia di blok ND 6 dan ND 7 Ambalat.

Beliau juga ingin mengetahui sama ada kaedah yang sama digunakan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) atau kaedah lain memandangkan hak-hak Sabah begitu juga Sarawak terpelihara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula meminta Perdana Menteri menyatakan hasil keputusan kerajaan selepas sesi libat urus holistik bersama pihak berkepentingan berhubung status penubuhan Ombudsman Malaysia, serta langkah-langkah seterusnya bagi mempercepat pelaksanaan penubuhannya.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula bertanya kepada Menteri Pertahanan jika kementerian mempunyai perancangan untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam sistem pertahanan udara negara.

Persidangan Dewan Rakyat selepas itu akan disambung semula dengan sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos. – BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha