ARTIKEL

Lin Jian - Foto: Fail AFP

Rundingan Fatah, Hamas di Beijing capai kemajuan positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING, China: Wakil Fatah dan Hamas baru-baru ini bertandang ke Beijing untuk mengadakan rundingan secara mendalam dan ikhlas bagi menggalakkan perdamaian dalaman negara Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata pertemuan berkenaan diadakan atas undangan China dan mencapai kemajuan positif.

“Fatah dan Hamas menyatakan sepenuhnya kemahuan politik untuk mewujudkan perdamaian menerusi dialog dan perundingan dan membincangkan banyak isu spesifik.

“Mereka bersetuju meneruskan proses dialog seumpama itu ke arah merealisasikan perpaduan dan penyatuan Palestin,” kata Lin semasa taklimat media di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua pihak menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan China terhadap perjuangan adil rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa mereka yang sah.

Mereka juga menghargai usaha China menggalakkan perpaduan dalaman Palestin, di samping mencapai kesepakatan mengenai dialog fasa seterusnya. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha