ARTIKEL

Ketibaan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri sambil diiringi tetamu kehormat yang lain pada Majlis Perhimpunan Tahun Baharu Persatuan Cina Bersatu Sibu (UCA), di sini, malam tadi

Runtuhan batu ikonik di Taman Negara Bako peristiwa sedih, akan terokai formasi batu lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Runtuhnya formasi batu ikonik di Taman Negara Bako adalah satu peristiwa yang menyedihkan khususnya daripada perspektif pelancongan, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu menekankan, formasi batu terkenal itu memainkan peranan penting dalam pengiktirafan Bako sebagai taman negara pertama Sarawak pada tahun 1957.

“Secara peribadi, saya amat sedih. Ia adalah lokasi mesti dikunjungi di Taman Negara Bako, yang menarik para pengunjung untuk merakam gambar kenangan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Perhimpunan Tahun Baharu Persatuan Cina Bersatu Sibu (UCA) di sini malam tadi.

Abdul Karim menegaskan, walaupun kehilangan formasi batu ikonik yang dikenali sebagai Turus Laut Kepala Ular, Taman Negara Bako masih mampu menarik pelancong luar dan dalam negara.

“Kita akan meneroka tarikan penting lain yang boleh dipromosikan sebagai destinasi ikonik. Saya yakin terdapat banyak formasi serupa di taman ini,” katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya akan meneliti kaedah untuk memelihara formasi batuan lain.

Baca lain  Kongsi keceriaan Aidilfitri, Gawai

“Kami akan meneroka kewujudan formasi batuan lain yang dibentuk oleh hakisan air laut dan meneroka strategi untuk mengurangkan kemerosotannya. Ini adalah fenomena semula jadi di luar kawalan,” tambahnya.

Terdahulu, Sarawak Travel melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata runtuhan formasi batu itu berkemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca buruk yang menjejaskan kawasan itu beberapa hari ini.

“Peristiwa ini sekali gus sebagai peringatan yang jelas tentang perubahan berterusan dalam persekitaran kita,” katanya.

Pada masa sama, menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kenangan terindah mereka dan gambar formasi batu ikonik yang kini telah hilang di Taman Negara Bako untuk menghormati salah satu khazanah semula jadi Sarawak.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland