ARTIKEL

Foto: Sarawak Forestry Corporation

Runtuhnya simbol ikonik Taman Negara Bako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Batu yang unik, Turus Laut Kepala Ular atau lebih dikenali ‘The Cobra Head Sea Stack’ di Taman Negara Bako runtuh menyebabkan Sarawak kehilangan batu yang ikonik dan terkenal tersebut.

Menurut page Facebook Sarawak Forestry Corporation semalam, keruntuhan batu unik tersebut dilaporkan seorang pemandu taman, Paul.

Punca keruntuhan batu ikonik ini kemungkinan besar disebabkan ombak besar yang membadai kawasan terbabit.
Turus laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk dari kesan hakisan batuan pasir selama berjuta-juta tahun.

Bentuknya yang unik dan mengukir tanjung berbatu berbentuk indah telah menarik perhatian pengunjung serta tidak pernah gagal untuk memukau pelancong.

Kini tinggal gambar dan kenangan yang tidak bisa untuk dikembalikan ke alam sebenar,

Foto Sarawak Forestry Corporation

BERITA LAIN

BERITA TERBARU