MAHKAMAH Moscow pada Khamis mengarahkan pembubaran pusat penyelidikan terkemuka yang mengkhususkan dalam perkauman dan xenofobia di Rusia, dalam langkah terbaharu menentang suara-suara yang mengkritik sejak konflik Ukraine bermula.
Pusat Sova berkata, ia dibubarkan berikutan keputusan hakim mahkamah perbandaran Moscow, yang meluluskan permintaan oleh kementerian kehakiman.
Organisasi itu secara rasmi dilarang kerana mengambil bahagian dalam acara di luar Moscow, sedangkan ia didaftarkan untuk tujuan pentadbiran, yang dianggap sebagai pelanggaran.



