ARTIKEL

Kredit: X - Russian Embassy, IDN

Rusia, Indonesia Teroka Kerjasama Penggunaan Tenaga Nuklear Secara Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Rusia dan Indonesia sedang meneroka kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman, termasuk projek tenaga nuklear, pembangunan infrastruktur nuklear, latihan kakitangan serta aplikasi teknologi nuklear bukan tenaga.

Perbadanan nuklear negara Rusia, Rosatom dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan pada Selasa antara Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Ketua Pengarah Rosatom Alexey Likhachev, yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia.

Likhachev berkata Rosatom amat mementingkan dialog antara Rusia dan Indonesia dalam bidang nuklear yang berkembang dalam suasana saling percaya dan saling menghormati.

“Hari ini, Indonesia menetapkan matlamat bercita-cita tinggi bagi pembangunan tenaga nuklear, justeru kami membincangkan bukan sahaja teknologi, tetapi juga mewujudkan perkongsian jangka panjang.

“(Perkongsian itu) tertumpu kepada pembangunan industri baharu untuk negara, latihan tenaga kerja tempatan, kewujudan kepakaran baharu serta pengukuhan kedaulatan teknologi negara,” kata beliau menerusi kenyataan itu.

Likhachev berkata Rosatom bersedia menawarkan pendekatan menyeluruh kepada Indonesia bagi membangunkan program nuklear nasionalnya, termasuk penyelesaian tenaga nuklear berskala besar serta projek melibatkan reaktor modular kecil dan unit tenaga terapung.

Menurut Rosatom, kedua-dua pihak turut memberi perhatian khusus kepada integrasi tenaga nuklear ke dalam sistem tenaga Indonesia dengan mengambil kira kedudukan geografi negara kepulauan itu.

Rosatom menjelaskan bahawa Rusia dan Indonesia mengekalkan kerjasama dalam bidang nuklear selama hampir dua dekad, dengan tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 Perjanjian Dua Hala Mengenai Kerjasama Penggunaan Tenaga Atom Secara Aman yang ditandatangani pada 1 Dis 2006. — BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai